Menu
London Overground Rolling stockTransport for London telah memperkenalkan penggunaan kereta api rolling stock terbaharu selepas mengambil alih perkhidmatan Silverlink dalam tempoh antara tiga dan lima tahun. Pada tahun 2009, kereta api Capitalstar Kelas 378 baharu yang ditempa oleh Bombardier Transportation telah digunakan dalam perkhidmatan. 24 buah set kereta api tiga gerabak telah diletakkan dalam aliran London Utara[1] manakala dalam tahun 2011 satu lagi gerabak bakal ditambah pada setiapnya apabila projek pemanjangan selesai. Di aliran London Timur, sebanyak 20 buah set telahpun diguna dalam perkhidmatan dan bakal ditambah lagi sebanyak tiga buah set.[27]
Kereta api elektrik Kelas 378 baharu telahpun ditonjolkan di stesen Willesden Junction pada 13 Julai 2009. Ciri-ciri kereta api ini menyerupai ciri-ciri kereta api yang digunakan dalam perkhidmatan London Underground seperti tempat duduk sisi dan tempat penumpang berdiri yang lebih luas supaya dapat memuatkan banyak penumpang pada satu-satu masa. Selain itu juga, kereta api ini dilengkapi dengan pendingin hawa [28][29] Percubaan awal pengendalian gerabak ini dilakukan dan dari masa ke masa digunakan penuh dalam mana-mana perkhidmatan. Kereta api Capitalstar ini secara rasminya mula digunakan pada Julai 2009.[30]
Kelas | Imej | Jenis | Kelajuan maksimum | Nombor | Bil. gerabak setiap set | Susunan tempat duduk | Perkhidmatan | Tahun pembuatan | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
bsj | km/j | ||||||||
Kelas 172/0 Turbostar | unit tren diesel berganda | 75 | 120 | 8 | 2 | 2+2 | Gospel Oak-Barking | 2010 | |
Kelas 378/0 Capitalstar | unit tren elektrik berganda | 75 | 120 | 24 | 3 | tempat duduk sisi | London Utara Watford DC London Barat | 2008–2010 | |
Kelas 378/1 Capitalstar | unit tren elektrik berganda | 75 | 120 | 20 | 4 | tempat duduk sisi | London Timur | 2009–2010 | |
Kelas 378/2 Capitalstar* | unit tren elektrik berganda | 75 | 120 | 10 | 4 | tempat duduk sisi | London Timur** London Utara Watford DC London Barat | 2010– | |
*Kereta api kelas 378/0 akan dikenali sebagai Kelas 378/2 apabila ditambah sebuah lagi gerabak.
**Perkhidmatan kereta api kelas 378/2 jarang-jarang digunakan dalam perkhidmatan aliran London Timur.
Kelas | Imej | Jenis | Kelajuan maksimum | Nombor | Bil. gerabak setiap set | Perkhidmatan | Tahun dibina | Nota | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
bsj | km/j | ||||||||
Kelas 313/1 | unit tren elektrik berganda | 75 | 120 | 8 | 3 | Watford DC | 1976-1977 (Diperbaiki dan diubahsuai sepanjang 1997-2001) | Set kereta api terakhir ditamatkan penggunaanya pada September 2010. 20 buah set kereta api diserah milik kepada syarikat kereta api Southern untuk digunakan dalam perkhidmatan South Coast. Tiga buah lagi diberikan kepada syarikat First Capital Connect untuk digunakan dalam perkhidmatan subbandar Great Northern. | |
Kelas 508/3 | unit tren elektrik berganda | 75 | 120 | 2 | 3 | Watford DC | 1979-1980 (Diperbaiki dan diubahsuai dalam 2003) | Ditamatkan penggunaanya pada Mac 2008 dan dipindah milik kepada syarikat Merseyrail. | |
Kelas 150/1 Sprinter | unit tren diesel berganda | 75 | 120 | 6 | 2 | Gospel Oak-Barking | 1984-1987 | Set kereta api terakhir ditamatkan daripada perkhidmatan pada 28 Oktober 2010. |
Menu
London Overground Rolling stockBerkaitan
London London Overground London Underground London, Ontario London Love Story 2 London School of Economics London Raya London Has Fallen London Rail London GreenpeaceRujukan
WikiPedia: London Overground http://www.alwaystouchout.com/project/3 http://www.alwaystouchout.com/project/66 http://londonreconnections.blogspot.com/2009/07/fi... http://www.hemscott.com/news/latest-news/item.do?n... http://www.journeycheck.com/londonoverground http://londonist.com/2009/07/in_pictures_mayor_unv... http://frumin.net/ation/2008/11/what_i_did_last_su... http://web.archive.org/20070704224047/www.london.g... http://web.archive.org/20090122054153/www.london.g... http://web.archive.org/web/20040509165548/http://i...